Amal

🕌🌾✍Kalam saufi

Dari sheikh Arsalan Ad Dmasyqi:
الاعمال متعلقۃ بالسرع السريف, والتوكل متعلق بالايمان,
والتوحيد متعلق بالكشف الصحيح.

Amalan2 itu bersangkutan dengan syarak yg mulia, sedangkan tawakkal itu berkaitan dgn keimanan, dan adapun keyakinan itu bersangkutan dgn kasyaf ( pembukaan ) yg sahih ( menepati hakikat).

Huraiannya :
✨Peringkat pertama dipanggil sebagai amalan zahir, yg mana dia berkaitan dgn ketetapan syarak.
✨Peringkat kedua adalah amalan hati yg merangkumi sifat tawakkal.
✨Peringkat ketiga adalah hubungan dan interaksi sirr yg merangkumi kemurnian dan penyaksian tauhid yg sempurna. Kehambaan merupakan gabungan antara ketaatan yg zahir dan adab hati yg batin kepada Allah swt maka seseorang perlulah menyempurnakan adab hati yg batin dlm rangka untuk menyempurnakan konsep kehambaan.
✨ Antaranya adalah, sifat tawakkal, iaitu, rasa bergantung kpd Allah swt dan menyerahkan segala-galanya kpd Allah swt dan percaya kpd nya.

✨Kemudian amalan itu sendiri tidak akan dpt dilakukan melainkan dgn daya upaya dan kuasa yg diberikan oleh Allah swt, dari sudut keimanan, ( dgn maksud seseorg hamba yg dpt menunaikan tugas kehambaan dgn bergantung sepenuhnya atas bantuan dan kurniaan Allah swt)
✨Waulllahuallam 💫

Leave a comment