Solat musafir

Assalamualaikum semoga Allah.merahmati.dan meredhai semua.yg bermusafir hari ni semoga Allah memberkati perjalanan dan selamat sampai kedestinasi

 

Pandulah dengan selamat dan berhati-hati di jalan raya, bagi menggelakkan kemalangan di jalan raya.

Sebelum memulakan perjalanan bagi ke kampung, engkau lakukan tiga perkara ini terlebih dahulu.

Pertama, jangan engkau lupa melakukan solat musafir.

Kedua, jangan kamu lupa membaca doa khusus yang bermaksud:
“Dengan nama Allah yang tidak ada mendatangkan sebarang mudarat daripada langit dan bumi dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
Doa tersebut, sahabatku, disuruh oleh Nabi agar dibaca sebanyak 3 kali dan diikuti dengan membaca ayat al-Qursy.

Ketiga, jangan engkau lupa membaca melakukan doa musafir.

Wahai sahabatku
Perjalanan jauh yang mengambil masa yang lama sudah pasti memenatkan. Ambillah perhatian dengan keletihan yang kita rasai. Ayah dan bonda dan keluarga sabar menanti kepulanganmu. Biar lambat, asalkan semua selamat sampai.
💚

Salam.Aidul.Adha .Maaf.zahir batin❤

Serban

ADAB MEMAKAI ‘IMAMAH (SERBAN)

Telah di sebutkan di dalam Kitab Al-Adab yang telah dihimpunkan oleh Sayyid Muhammad Amin bin Idrus, iaitu hasil daripada himpunan adab yang telah beliau pelajari daripada Al-‘Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith, bahawasanya memakai imamah itu ade beberapa adab :

1. Warna imamah yang terlebih utama adalah berwarna putih.

2. Apabila memakai imamah, hendaklah berserta ‘adzabah yakni hujung imamah dibiarkan tergantung (ekor serban). Ukuran paling sedikit ekor serban ialah empat jari, pertengahannya sejengkal, dan yang paling panjang ukuran ekornya ialah satu dziro’ atau setengah meter/sehasta.

3. Memakai imamah ketika akan solat, kerana solat memakai ‘imamah lebih afdhol dari 70 solat tanpa imamah. (Sila rujuk Bughyatul Mustarsyidin, Kanzul ‘Ummal).

4. Niat memakai dengan niat agar mendapat doa para malaikat.

5. Menjaga kebersihan imamah serta mewangikannya.

6. Niat yang baik ketika memakai seperti mengikut sunnah Rasulullah ﷺ dan untuk menambah sifat lemah lembut pada diri, kewibawaan dan kemuliaan.

7. Memakai imamah atau serban dalam keadaan posisi berdiri. Hal ini kerana diriwayatkan dari sebahagian ulamak memakai imamah dalam keadaan duduk merupakan salah satu daripada asbab dapat kepapaan atau kemiskinan. (SIla rujuk Taalim Mutaalim).

8. Apabila hendak melepaskan atau membuka imamah hendaklah dilepaskan secara tertib, perlahan-lahan seperti memakainya.

9. Membaca ayat kursi ketika memakainya.

10. Hendaklah memakai imamah sebagai tanda perbezaan antara Muslim dan orang-orang kafir.

11. Ukuran panjang imamah hendaklah tidak lebih dari tujuh hasta atau 3,5 meter dan lebih utama tidak melebihi batas ukuran badan dan tingkat ilmunya. (Walaubagaimanapun terpulang kepada tarbiah guru kerana masing-masing ada kaedah yang tersendiri).

12. Niat juga memakai imamah untuk mencontohi para malaikat. (Sila rujuk Jauhar Mauhub wa Munabbihatul Qulub)

Wallahualam…

SEBARKAN, SEMOGA SAHABAT LAIN BEROLEH MANFAAT.
INSYAALLAH